Salam
Nasib baik ko customer aku, kalau tak dah lama aku terajang ko keluar kedai..bisik hati kecil ku yang sedang memberontak..Tak pasal-pasal dapat dosa kering aku..
Semua kerja ni sememangnya ada cabarannya, bagi aku pula yang kerja di kedai kasut..banyak ragam dan kerenah manusia yang aku nampak dan terpaksa aku tempuhi..ada yang melucukan, ada ketika yang menyakitkan hati dan ada juga saat kerja yang amat membosankan.
Hari pertama aku kerja sebagai promoter kedai kasut..kedai walk in alamanda (promote nama kedai jap..kot2 dapat naik gaji..hahaha) aku layan seorang customer perempuan melayu..biasa la kalau dengan customer perempuan mestilah senyum sampai ke pipi kan..hahaha..
aku : selamat datang (senyum)
customer: terima kasih..
aku: kak nak cari kasut ke..(buat-buat tanya)
customer : yelah dik oi datang cari kasut la..tak kan nak cari laki akak plak kt sini..(gelak besar ngan member2 dia)
aku : eh ye tak ye jugak kan..dah nama kedai kasut mesti la nak beli kasut kan ( ayat cover malu)..hahaha..owh lawyer buruk ek perempuan ni bisik hati aku..(tak pe..then aku terfikir cara macam mana nak kenakan dia semula..
customer: dik ada tak 'wedges' yang new arrival punya..
aku: ha sudah wedges tu menatang apa plak..hatiku tertanya-tanya..dah la hari pertama aku kerja..jap ek kak saya tanya supervisor saya jap..
customer: ok..cepat sikit ek..
aku: akak 'wedges' 2 apa ek ka (tanya supervisor aku)
supervisor: wedges pun tak tahu ke..ish budak ni..penah makan chezzy wedges tak kat kfc?..sama la 2..
aku: owh yeke..kenapa customer 2 tanya benda 2 kat kedai ni.. (bengong jap..terpinga-pinga)
aku: erm akak maaf la wedges tak de la kat sini..kat kfc ada la..(dengan muka slamber je..bajet aku yang betul..
customer: ha..(ternganga)..hahahahahahahahaha..dik oi akak tanya kasut jenis wedges bukan cheezy wedge la dik..adoi la..hahahahahahahahaha...
aku : sekali lagi aku terkena..(merah padam muka aku)..aku terus menuju masuk ke stor sambil ketawa sekali...hahahahahaa
Memang kelakar giler bila iingatkan hari pertama aku kerja dulu..sekarang hampir 6 bulan aku bekerja di kedai kasut 2..semakin hari kerja aku semakin seronok..sebabnya status aku bukan lagi sebagai promoter..up sket dari promoter..alhamdulillah..walaupun tak dapat kerja yang setimpal dengan ijazah aku, tapi income yang aku dapat lebih amat memberangsangkan..thanks to God...
p/s : moral of story..sebelum masuk kerja perlu terlebih dahulu tahu serba sedikit bidang yang kita nak kerja 2..nati tak delah jadi macam situasi yang berlaku di atas 2..huhuhuhu..
Salam..
Aduh kerja..kerja..kerja..sekarang nie boleh dikatakan setiap hari aku balik kerja malam jew..nak merungut pun tak guna gak kan..dah jadi kewajipan..terpaksa akur jelah..
Walaupun kerja aku tak la sehebat mana dan bukanlah kerja yang aku idamkan, tapi aku tetap bersyukur..sekurang-kurangnya aku tak tanam anggur jew kan..hasrat di hati nak menjadi pendidik tapi apakan daya aku tak lepas ujian KPLI hari 2..mungkin belum rezeki aku..
Kekangan masa dek kerana kerja membuatkan tiada masa untuk aku berblogging..sudah lama tak tulis dalam blog membuatkan otak jadi beku sebeku iceberg dah kot..hahaha..niat di hati memang kalau boleh nak jer hari-hari update blog..tapi masa tidak ada untuk aku berbuat demikian..
Setiap kali aku buka blog cikgudahlia.com semangat aku kembali membara untuk berblogging..tapi sesudah aku tutup komputer, semangat yang membara tadi terus terpadam macam komputer aku..huhuhuh..
Setiap kali aku nak menulis, aku mula terfikir..ada ke tidak orang nak baca apa yang aku tulis ni..maklum la penulisan tak seberapa dan blogger setakat melepaskan batuk di tangga jew..huhuhu..kalau masa study duku, boleh la aku blogwalking ke sana ke sini..tapi sekarang aku tak mampu lagi berbuat sedemikain..mungkin kali ni aku berblogging hanya untuk suka-suka sahaja bukan bermotifkan pendapatan semata-mata..
Sampai di sini sahaja untuk kalu ni..masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua blogger-blogger Malaysia..hope apa yang dihajati tahun lepas sudah ditunaikan dan jadikan pengalaman tahun lepas sebagai pengajaran pada tahun baru ni..bye..peace
Salam semua..
Argghhh sudah berkurun lamanya aku tak update blog ni..hahahaa...sudah berkulat dan dah bersemak samun dah blog aku ni..macam hampeh..hahaha
Malam nie terdetik di hati untuk kembali ke dunia blogging..so welcome back to myself..huhuhuu..rindu sangat-sangat kat kawan-kawan blogger..sure kawan-kawan dah tak kenal mieran kot..takpe mieran tak salahkan kawan-kawan..
InsyaAllah dengan semangat baru yang datang tiba-tiba nie mieran akan gunakan sebaik-baiknya..mieran akan jelajah semua kawan-kawan mieran..mieran akan jadikan penjelajahan ke blog kawan-kawan sebagai rutin harian mieran nanti..insyaAllah..
Kepada sifu ku sis dahlia tunggu kemunculan mieran yea..hahahaha..
Salam geng..
Salam ramadhan daripada mieran sekeluarga kepada semua kawan blogger..macam mana puasa tahun ni?ok ke ko..huhu..hopefully semuanya ok2 je kan..
Seperti yang dijanjikan oleh mieran dalam entri terdahulu, mieran ada menyatakan niat untuk menganjurkan contest..huhuhu..layak ke mieran nak wat contest ni..permulaannya mieran just nak wat contest hit jackpot jelah..2 je yang ada dalam kepala mieran sekarang..
Kawan2 janganlah mengharapkan hadiah2 yang lumayan daripada mieran..mieran bagi setakat yang termampu jea ok..
1contest ni mieran nak bagi voucher RM20..voucher ni adalah voucher Tropicana Life..Tropicana Life adalah brand yang ternama jugalah..sure korang tahu kan..huhuhu..
Syarat2:
1- Terbuka kepada semua blogger (mesti ada blog)
2- warganegara sahaja ok..
3- follower mieran diutamakan..tp bukan follower pun boleh join gak..
4. kepada yang bertuah, jangan lupa snap no 300 dan emailkan kepada mieran di mieran_87@yahoo.com.my
ok selamat mencuba ok..hope contest ni mendapat sambutan la..hehe
Provided by website-hit-counters.com site. |