Push it!!

Monday, January 3, 2011

Kerja oh kerja

Share

Salam..

Aduh kerja..kerja..kerja..sekarang nie boleh dikatakan setiap hari aku balik kerja malam jew..nak merungut pun tak guna gak kan..dah jadi kewajipan..terpaksa akur jelah..

Walaupun kerja aku tak la sehebat mana dan bukanlah kerja yang aku idamkan, tapi aku tetap bersyukur..sekurang-kurangnya aku tak tanam anggur jew kan..hasrat di hati nak menjadi pendidik tapi apakan daya aku tak lepas ujian KPLI hari 2..mungkin belum rezeki aku..

Kekangan masa dek kerana kerja membuatkan tiada masa untuk aku berblogging..sudah lama tak tulis dalam blog membuatkan otak jadi beku sebeku iceberg dah kot..hahaha..niat di hati memang kalau boleh nak jer hari-hari update blog..tapi masa tidak ada untuk aku berbuat demikian..

stress

 

Setiap kali aku buka blog cikgudahlia.com semangat aku kembali membara untuk berblogging..tapi sesudah aku tutup komputer, semangat yang membara tadi terus terpadam macam komputer aku..huhuhuh..

Setiap kali aku nak menulis, aku mula terfikir..ada ke tidak orang nak baca apa yang aku tulis ni..maklum la penulisan tak seberapa dan blogger setakat melepaskan batuk di tangga jew..huhuhu..kalau masa study duku, boleh la aku blogwalking ke sana ke sini..tapi sekarang aku tak mampu lagi berbuat sedemikain..mungkin kali ni aku berblogging hanya untuk suka-suka sahaja bukan bermotifkan pendapatan semata-mata..

Sampai di sini sahaja untuk kalu ni..masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat tahun baru kepada semua blogger-blogger Malaysia..hope apa yang dihajati tahun lepas sudah ditunaikan dan jadikan pengalaman tahun lepas sebagai pengajaran pada tahun baru ni..bye..peace


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus