Push it!!

Saturday, May 22, 2010

Akademi Fantasia 8 : Konsert akhir

Share

 

 

info_img

 

Salam geng..

 

Pagi-pagi lagi mood datang untuk menulis entry ni..rasanya tentu ramai yang tidak sabar menantikan kehangatan final Akademi Fantasia 8 (AF8) malam ini yang akan dibawakan secara langsung dari Stadium Putra..

 

Seperti tahun-tahun sebelumnya, final AF kali ini menyajikan 5 orang pelajar yang akan berentap sesama sendiri untuk merebut gelaran juara AF 8. Adakah pelajar lelaki akan mengulangi pencapaian juara edisi sebelum ini iaitu Hafiz?..ataupun adalah satu-satunya pelajar perempuan yang akan berentap malam ini akan membuat kejutan sama seperti juara AF 5 iaitu Mila..Apa-apa pun sama-sama la kita saksikan malam ini jam 9 malam di saluran astro prima 104..

 

Jom review bakal-bakal juara AF 8 kali ini yang akan berentap sesama mereka bagi merebut gelaran juara pada malam ini..

 

pelajar_adira Siti Adira bt Suhaimi (adira) 19 tahun

 

Satu-satunya pelajar perempuan yang berjaya melangkah ke final AF kali ini..ramai yang mengatakan bahawa Adira akan meraih kejayaan bergelar juara AF kali ini..pelajar favourite untuk merangkul juara tahun ini.. (pelajar peberet mieran gak ni.hehehe)

 

 

pelajar_Daus Muhd Shahril Firdaus b. Eli (Daus) 22 tahun

 

Mempunyai semangat juang yang tinggi dan bertenaga semasa membuat persembahan..atitude tersebut berjaya menjulang Daus ke pentas akhir AF tahun ini..

 

 

pelajar_Iwan Emirza Azwan b. Zuazrin Chew (Iwan) 20 tahun

 

Mempunyai suara yang berkualiti..menunjukkan peningkatan demi peningkatan dalam konsert. Iwan berjaya menempatkan diri ke pentas final malam ini..

 

pelajar_Maulana Muhd Firadaus Maulana b. Mohamed (Maulana) 22 tahun

 

Seorang pelajar yang memintai rentak jazz dalam muzik..Setiap kali konsert, tugasan yang diberikan di alih genrenya kepada jazz moden..dan ini membuatkan Maulana seorang yang kreatif dalam setiap persembahan..adakah Maulana mampu menaikkan genre jazz?..sama-sama saksikan persembahan beliau malam ini..

 

pelajar_shahir Ahmad Shahir b. Zawani (Shahir) 21 tahun

 

Pelajar yang diundi masuk semasa AF masuk dijalankan oleh pihak produksi AF..

bekas anggota kumpulan nasyid iaitu Saujana..Shahir juga dikatakan bakal merangkul kejuaraan malam ini..

 

 

p/s : beriya-iya buat review pasal final AF ni, tapi tak boleh tengok malam ni..kena pergi PD la pulak..


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus