Push it!!

Tuesday, February 2, 2010

PC Fair

Share
Salam semua..

Setiap tahun dan setiap semester, pelajar-pelajar di seluruh universiti tentunya akan menantikan kehadiran pc fair..pc fair atau nama lain yang seangkatan dgnnya mmg sinonim dengan pelajar-pelajar universiti..pelbagai barangan ada dijual..dari barangan kecil hinggalah barangan yang besar..huhuhu..

Semakin tahun pc fair di UKM khususya semakin tidak mendapat sambutan..kenapa ye..mungkin tidak banyak syarikat2 atau kedai2 yg mengambil bahagian..dlm paper kosmo hari ini ada artikel yang memaparkan pc fair di UNITEN..
 paper kosmo memaparkan:

Karnival yang melibatkan sebanyak 62 buah gerai itu memberi peluang kepada para pelajar Uniten untuk mendapatkan barangan komputer pada harga yang lebih murah.

Karnival PC anjuran Persatuan Sains Teknologi Maklumat (CLICQ), Kolej Teknologi Maklumat Uniten itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar universiti tersebut mendapatkan peralatan dan aksesori komputer serta peralatan teknologi lain pada harga berpatutan.

Ini kerana kebiasaannya kebanyakan peralatan komputer dijual lebih mahal di luar, namun dalam karnival itu banyak peniaga menawarkan harga istimewa iaitu pada harga pelajar.

Karnival yang terdiri daripada 62 gerai itu juga membuka peluang kepada masyarakat luar untuk datang membeli barangan yang dipamerkan di setiap gerai. Ia sekali gus mendekatkan masyarakat luar dengan warga kampus Uniten. Karnival tersebut berlangsung selama tiga hari pada penghujung Januari lalu.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus