Kita sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa kental janganlah menyalahkan para pemain atas kekalahan semalam. Haruslah kita ambil dari sudut yang positif bahawa sudah menjadi adat, setiap perlawanan akan ada pemenang dan akan ada yang merasai kekalahan.
Melihatkan kepada gaya permainan China semalam, tidak dinafikan yang mereka sememangnya mantap. Mungkin tidak terlalu kejam jika mieran katakan tahap permainan pemaia-pemain China semalam 1 tahap lebih daripada pemain-pemaian Malaysa..Lihat sahaja keupayaan Lin Dan yang dengan mudah menewaskan jaguh harapan kita, Datuk Lee Chong Wei..
Apa-apa pun mieran rasa bangga dan salute kepada pemain Malaysia yang bertungkus lumus dalam piala thomas kali ini. Tahun ini mungkin bukan rezeki kita, next time tentu kita akan berjaya..
Sekalung tahniah kepada pemain-pemain negara
p/s : setuju tak kalau mieran kata yang skuad negara sekarang ketandusan pemain pelapis?