Salam geng..terutamanya geng blogger aktif yang ada dalam list dan semua blogger di Malaysia..mieran dah kesuntukan idea nak menulis entry tetapi mieran amat berterima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi memberi komen di setiap entry yang mieran hasilkan..komen anda amatlah dihargai..buat masa ni mieran agak malas sibuk sikit.,dalam 5 hari mendatang ni mieran ada 2 ujian untuk dilaksanan..aduyai study ntah kemana lagi..huhuhuh..
apa yang anda faham dengan word blogwalking?tentu anda mempunyai cara blogwalking anda tersendiri kan..hari ni mieran just nak share cara blogwalking mieran..mieran rasa cara mieran BW ni banyak membantu meningkatkan trafik blog mieran..ok jom skodeng selidik sikit apa yang mieran buat..hehehe
1. jejak kasih..macam dalam tv3 la plak kan..huhuhu..jejak kasih, terjah, atau seangkatan dengannya amatlah diperlukan..jangalah anda berharap yang blogger lain akan terjah blog anda sekiranya anda tidak melakukan BW..sedangkan otai-otai blog kerap melakukan bw, inikan pula kita (refer kpd mieran la)..menunggu blogger lain terjah masuk blog kita tanpa kita melakukan bw umpama menunggu bulan jatuh ke riba..huhuhu..kalau x percaya try anda tak bw selama sminggu..dan lihat trafik blog anda pada minggu tersebut..sure merosot..tp lain la kalau anda artis pemes :)
2. Amalkan budaya 'lepak' di blog2 yang mempunyai polis trafik yang tinggi..wait2 jangan cepat melatah pasal word lepak 2..word lepak di sini bukan refer kepada budaya seperti lepak kat siber cafe, shopping complex @ sebagainya..tapi lepak di sini refer kepada 'stay at pemes blog' (istilah reka sendiri)..hahaha..kenapa mieran buat macam 2?jika kita teliti blog2 yang aktif, kita akan lihat trafik blog tersebut agak jammed, dalam masa beberapa saat seorang dua blogger akan terjah dan tinggal jejak kat cbox @ shoutbox blog tersebut..daripada situ kita perlu grab dan 'culik' blogger yang masuk dalam blog tersebut dan seterusnya kita terjah..dan begitu la seterusnya..antara blog yang mieran selalu lepak dan selalu 'culik' blogger daripada blog mereka ialah..jeng..jeng..
(merangkak merangkap mentorku)
(teman seperjuangan..hahah)
(peminat no 1 adamaya..hehehe)
**sori kak yan xde gambar la**
3. BW melalui cbox @ shoutbox anda. Cara ini sebenarnya diajarkan kepada mieran oleh sis dahlia..caranya ialah, anda perlu login pada cbox @ shoutbox yang anda gunakan. Dialam cbox @ shoutbox anda hanya limit kepada 250 komen (anggaran je ni)..dan ini bermakna maybe 250 blogger telah terjah ke blog anda..melalui cbox @ shoutbox anda itu, anda boleh terjah kembali blogger yang telah terjah blog anda sebelum ni..selain itu, dalam masa yang sama anda boleh clearkan cbox @ shoutbox anda..so simple je kan..
4. Rajin2 la dan ringan2kan lah jari anda menulis komen pada entry baru kenalan blogger anda.Cara ini walaupun nampak biasa tetapi kesannya amat mendalam..cuba anda fikir, tidakkah anda rasa entry anda dihargai jika ia telah dikomen oleh ramai orang?sure rasa dihargai kan..so jika anda tidak berat jari untuk menulis komen pada entry seseorang, nescaya blogger lain juga tidak akan berat jari meninggalkan komen pada entry anda..
ok 2 je yang mieran nak share..dalam sehari mieran buat semua step2 di atas ni..alhamdulillah mieran dapat tingkatkan trafik dan dapat mantainkan trafik dengan baik..so anda cuba la..kalau tak menjadi jangan plak salahkan mieran ek..hehehhe..