Push it!!

Saturday, March 20, 2010

Cinta terhadap bahasa

Share






Salam dan selamat pagi kepada blogger-blogger semua. Di saat mieran sedang menyiapkan kerja-kerja mieran, terdetik di hati mieran untuk berkongsi dengan semua tentang bahasa yang menjadi lambang dan identiti kepada masyarakat Melayu. Mungkin kawan-kawan tidak sedar akan masalah berkaitan bahasa kebangsaan kita..kalau ada yang sedar akan masalah ni bermakna dia memang seorang yang sayangkan bahasanya.



Sebagai pelajar yang mengambil jurusan bahasa Melayu, boleh dikatakan tiap2 hari masalah ini dibincangkan dalam kuliah. Semacam masalah ini tiada penghujung dan jalan penyelesaiannya. Isu ini sebenarnya sudah lama dibangkitkan, sejak mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir isu ini dibangkitkan. Kita ambil sahaja contoh, isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Kenapa mieran kecoh2 plak nak bincangkan isu ini, sedangkan kerajaan yang lebih cerdik pandai daripada mieran kan..Sebenarnya mieran hanya nak keluarkan apa yang terbuku dalam hati..Bagi mieran tak relevan la PPSMI ni dilaksanakan di sekolah-sekolah khususnya sekolah-sekolah luar bandar. Adakah terjamin pelajar-pelajar akan menguasai bahasa Inggeris sepenuhnya kalau PPSMI dilaksanakan di sekolah??..mieran rasa jawapannya tidak..

Bukan hendak mengkritik apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, tapi sebagai satu lontaran kekesalan daripada seorang pelajar..Jika kita lihat dengan teliti, kerajaan telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk melaksanakan PPSMI di sekolah..Semua buku teks sains dan matematik ditukar, guru-guru dihantar kursus, guru-guru yang mengajar subjek tersebut diberikan insentif dan macam-macam lagi kos yang dikeluarkan oleh kerajaan..Menjelang tahun 2012 kerajaan ingin menukar semula PPSMI, mahu membuang semula PPSMI..apa semua ni?? takkanlah kerajaan ingin menghabiskan duit sekali lagi untuk menukar semula buku-buku teks..kan lebih elok kalu kerajaan gunakan duit tersebut untuk menambahbaikan kemudahan di sekolah, contohnya kemudahan teknologi maklumat..

Sebagai seorang pelajar jurusan bahasa, mieran rasa terkilan jika bahasa Melayu kita ini dipandang enteng oleh masyarakat luar..kita perlu ingat bahawa, kita tidak boleh maju dengan bahasa asing..ambil sahaja contoh negara Jepun.Adakah mereka maju dengan bahasa asing??..jawapannya tidak..rasa cinta mereka terhadap bahasa ibundanya memang kuat..sehinggakan PM mereka berucap pada sesuatu forum antarabangsa menggunakan bahasa ibunda mereka sepenuhnya..tapi negara mereka tetap maju..

p/s : ingatlah bahawa bahasa mencerminkan identiti kita, mati bahasa maka pupuslah bangsa kita di dunia.. :(







Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus