Push it!!

Monday, February 22, 2010

Top 50 blogger in Malaysia..justkhai.com

Share
Salam semua..pertama kali saya nak ucapkan selamat kembali kepada kawan-kawan yang bercuti selama satu minggu di kampung masing-masing. Lepas ni dah tak de main-main lagi tau.kena study smart not study hard..Kerja-kerja yang bertangguh tu siapkan la cepat-cepat.Jangan nanti last-last minit baru nak siapkan



Hari ni aku sangat teruja saat aku terbuka satu blog yang agak popular di Malaysia. Tuan punya blog tersebut baru berusia 21 tahun, tetapi blog miliknya kini sudah masuk top 50 in Malaysia. Tahniah saya ucapkan kepada saudara khai. Selepas membaca artikel-artikel dalam blog sauadara khai, sekarang baru saya sedar bahawa untuk menggelarkan diri kita blogger bukan senang. Betul apa yang dikatakan oleh khai, kalau setakat buat blogger dengan menggunakan blogspot siapa-siapa pun boleh buat, even budak 5 tahun pun boleh buat.

Kalau diikutkan aku juga sebenarnya membuat blog dengan blogspot, aku ni baru lagi dalam arena ni. Insyaallah suatu hari nanti akan aku daftarkan domain sendiri untuk membuat blog. Sebenarnya, kita boleh menjadi full time blogger yang berjaya. Ambil sahaja contoh saudara khai, memang respect la dengan dia

Apa-apa pun itu memang rezeki saudara khai. Saya menulis artikel ni tiada tujuan apa-apa tetapi adalah untuk memotivasikan diri sendiri. Sekarang orang ramai tidak boleh memandang rendah dengan pemblogger. Pada masa sekarang blog adalah medium yang penting dalam menyampaikan sesuatu informasi atau apa-apa sekalipun.

Akhir sekali, saya nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada saudara khai yang kini dah masuk top50 blogger in Malaysia..Saya juga berharap satu hari nanti saya akan dapat mengikiu jejak langkah beliau..hehehe..Tapi kalau sekadar 'melepaskan batuk di tangga' semua itu tidak akan mudah untuk direalisasikan. So kepada kawan-kawan blogger, kalau ada masa singgah la kt blog saudara khai, memang gempak dan sure 'terangkat'.. Salam..
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus