Push it!!

Friday, February 26, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Share

Salam semua..tanggal 12 Rabuilawal setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari keputeraan Rasullullah s.a.w..Alhamdulillah tahun ini sekali lagi kita dapat meraikan hari keputeraan Rasullullah s.a.w, segala puji kepada Allah swt yang masih memberi kita peluang untuk terus bernafas di atas muka bumi milikNya ini. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad saw..tonggak kepimpinan umat Islam sekalian, penutup kepada sekalian nabi dan rasul..

Setiap tahun kita mengenang dan menyambut hari kelahiran baginda saw..Tetapi pernahkah kita terfikir dan bertanyakan pada diri kita sendiri, sejauhmanakah kita mencontohi tauladan baginda dan sejauhmanakah kita mengamalkan sunnah baginda saw..

Harus kita ingat bahawa, saban tahun Rasullullah semakin jauh dari kita semua, namun semangat dan kasih sayang baginda saw kepada kita sebagai umatnya sentiasa ada..

Salam Maulidur Rasul daripada saya..Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada kawan-kawan..

p/s: teringat zaman sekolah dulu, setiap tahun akan ada sambutan Maulidur Rasul, berarak satu kampung..
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus