Push it!!

Thursday, February 4, 2010

kawan sejati..

Share
Salam..

Malam ni terdetik hatiku untuk menulis tentang 'kawan sejati'. kalau ditanya tentang kawan tentunya semua orang di dunia ini mempunyai kawan sejati..tidak kira la dia seorang penjenayah sekalipun, jika diaju soalan yg sama dia tentu akan mengatakan bahawa dia juga mempunyai kawan..

Tetapi malangnya sukar bg kita mencari kawan sejati..dari sejumlah besar kawan yg kita miliki mungkin hanya seorang dua sahaja yang boleh kita anggap sebagai kawan sejati..realitinya pada masa sekarang, orang yg bergelar seorang kawan tidak mudah dipercayai..apa sebenarnya makna kawan sejati??adakah kawan sejati 2 hanya sbg teman kita semasa kita senang?semasa kita bnyak duit?..

Tidak dinafikan bahawa senang utk kita mencari kawan, lebih2 lagi kawan untuk mengisi masa lapang kita..kita blh mencari beribu-ribu kawan utk menjadi teman kita pergi berseronok, menonton wayang, picnic dan sbgainya..tp utk mencari kwn yang boleh dianggap kawan sejati di dunia ia amat sukar umpama kita mencari sebutir pasir yg jernih dan bersih di pantai...

Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang teman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.

Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati, berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.

Alhamdulillah kwn2 yg mengelilingi aku adalah kwn sejati yg sanggup bersabar dgn sikap aku..dan juga mereka semua sanggup membantu aku dlm apa masalah sekalipun..terima kasih kwan2..

Persoalan yg perlu dijawab 'adakah anda serorang kawan sejati'??




Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus