Push it!!

Monday, February 8, 2010

1 Malaysia..

Share
Salam..hye kawan-kawan..da lama agaknya x tulis artikel dlm blog ni..huhuhu..ni bru je smpai kt kolej..biasala setiap hujung minggu aku akan balik ke teratak bondaku tersayang..heheehe..rumah dekat dgn kampus katakan..kpd kawan-kawan yg rumahnya jauh dr kampus jgn jeles ek.huhuhhu



Sebenarnya  aku da lama tertarik dgn konsep 1 Malaysia yg diketengahkan oleh PM kita..ada yg terima dengan positif pendekatan yg diketengahkan oleh PM kita..tidak kurang juga yg samar-samar dengan pendekatan 1 Malaysia ni..kali ni sy just nk share sikit tentang 1 Malaysia ni..huhuhuh..


Konsep 1 Malaysia  menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib  Tun Abdul Razak:

“Kita berdiri, kita  berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

Begitulah sedikit sebanyak petikan yg diambil drp ucapan PM kita..tp tentunya semua tertanya-tanya apa relevannya konsep 1 Malaysia ni..dan apa matlamat konsep ni kn..matlamat 1 Malaysia ni seperti berikut:

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.

‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.


Diharapkan dengan adanya konsep ini ia dapat memberi kesedaran kepada semua kaum di Malaysia ni agar kita semua rakyat Malaysia hidup dlm keadaan aman sentiasa..peace!!!



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus