Push it!!

Thursday, January 21, 2010

Apa nak jadi dengan remaja sekarang ni!!

Share

salam..hari ni aku just nak share dengan kawan-kawan tentang masalah anak muda sekarang ini..habis sahaja kelas pada pukul 12 tadi aku terus balik ke kolej aku..macam biasa la rutin harian aku, first aku akan baca paper kosmo..dalam paper kosmo hari ini ada satu kisah yang menarik bagi aku menceritakan disini..kisah yang dimaksudkan itu ialah kisah 'pasangan pelajara agama dicekup khalwat'..alangkah terkejutnya aku semasa aku membaca berita tersebut.

 Berita tersebut seperti yang ditulis dalam akhbar kosmo.petikan daripada akhbar kosmo

SEREMBAN - Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuah hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Isnin lalu.

Pasangan masing-masing berusia 20 tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut.
Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu.
Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka.

Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam yang bermalam di situ.

Apa nak jadi dengan remaja sekarang ini..ayuhlah kita sama2 jauhi perkara2 yang boleh membawa kita ke lembah kemaksiatan..
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus