Push it!!

Monday, July 12, 2010

Spain The Best

Share

Salam geng.

Rasanya agak lewat untuk mieran menulis entry tentang kejayaan Spain di pentas final piala dunia yang berlangsung hangat di Stadium Soccer City.

Semasa piala dunia sedang hangat berlangsung, dunia blogging juga penuh dengan contest yang berkaitan dengan piala dunia..mieran juga tidak terlepas daripada menyertai contest2 yang ada dalam dunia siber ni..huhuhu..mieran setia dengan contest yang dianjurkan oleh Denaihati.com..contest yang dianjurkan oleh bro DH ialah memilih team kegemaran untuk jadi juara…

Awal2 lagi mieran memilih pasukan Spain sebagai juara..boleh baca entry penyertaan mieran ni..http://mieran87.blogspot.com/2010/06/world-cup-teka-dan-menang-di.html. Entry ni adalah entry yang pertama menyertai contest yang dianjurkan DH ni..hope menang la rm250..boleh bayar yuran ukm..hehe..nak konvo dah ni (lari topik jap..hehe)

Spain-Squad-World-Cup-2010_2389096_thumbMemang mantap la permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Spain ni..teruja mieran melihat pergerakan lincah andreas iniesta dan juga xavi hernandez yang berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan Belanda..Tetapi hanya pada minit ke 116 Spain berjaya merobek kekebalan benteng pertahanan Belanda. .

Tahniah kepada pasukan Spain yang berjaya menjulang piala yang paling berprestij di dunia ni..ini adalah piala dunia yang pertama bagi Spain..dan yang paling manis lagi, Spain mengulangi kejayaan Jerman Barat yang menang dua piala dalam empat tahun iaitu Piala Eropah dan juga Piala Dunia..

SpainvsDutch_L Tamat sudah edisi piala dunia tahun 2010..sama2 kita nantikan piala dunia edisi seterusnya yang akan berlangsung di Brazil..Spain pasti akan memastikan yang piala dunia akan menjadi milik mereka lagi nanti..

p/s : hope sangat2 menang contest yang dianjurkan oleh DH..sebabnya entry mieran adalah entry yang palin awal join contest tersebut..hehehe..sebab satu lagi ialah nak bayar yuran ukm untuk membolehkan mieran konvo bulan 8 ni..hehehe..amin..


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus