Salam geng..
Kes buang bayi memang berleluasa sekarang ni..isu ni takkan reda jika penguatkuasaan tidak dijalankan dengan baik..
Hari ni, seorang bekas pelajar institusi tinggi, dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun dan denda RM 7000 kerana disabitkan kesalahan membuang bayinya pada tahun 2008..
Persoalan disini, adakah pesalah-pesalah ini akan insaf dengan perbuatan mereka?..hanya denda dan penjara 1 tahun, adakah cukup untuk memberi keinsafan kepada mereka?
Ini hanya hukuman dunia..hukuman akhirat lagi berat rasanya..tapi masih belum terlambat untuk bertaubat, dan pintu taubat akan terbuka sehingga hari kiamat tiba..
p/s : risau dengan diri sendiri, adakah mampu untuk melawan godaan syaitan..