Salam dan selamat pagi kawan-kawan. Sedar tak hari ni berapa hari bulan?..9 Mei 2010 adalah hari ibu bagi negara Malaysia. Kepada kawan-kawan yang belum wish kepada ibu mereka silalah berbuat demikian kerana dengan cara inilah kita dapat mencurahkan kasih sayang kita ni kepada ibu kita..walaupun kasih sayang kita tak sebesar kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu kita yang mengandungkan kita selam 9 bukan 10 hari, tapi dengan satu ucapan hari ibu mampu memberi kegembiraan kepadanya.
Alhamdulillah setiap tahun mieran tak akan ketinggalan untuk wish hari ibu kepada mak mieran. Sangat besar pengorbanan mak kepada mieran..bagi mieran mak adalah tunjang kejayaan disamping pembakar semangat bagi mieran untuk teruskan kehidupan ini..
Kita semua lahir daripada perut ayah mak..
semasa kita dahaga mak susukan kita, semasa kita lapar mak suapkan kita makanan, semasa kita sakit mak tolong jaga kita, semasa kita susah, mak pemberi pertolongan..semuanya mak akan buat untuk kita..semua itu amat besar bagi kita sebagai anak untuk membalas jasa mak..
mak..engkaulah ratu hidupku..penyeri dan penyuluh hidupku..love u so much
Tarikh-tarikh hari ibu negara lain..
1 Mei 2010 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
29 Mei 2010 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2010 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2010 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2010 di Indonesia…
p/s : tenga fikir nak beli hadiah apa untuk mak :)