Push it!!

Tuesday, May 11, 2010

Blogger Belia Tunjang Kemajuan Pembangunan Negara

Share
 Salam semua dan salam 1 Malaysia..


Sempena Hari Belia Negara yang akan disambut pada 15 Mei setiap tahun, mieran terpanggil untuk menulis sebuah entry yang berkaitan dengan Hari Belai Negara..Apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'belia' itu sendiri..Sebelum melangkah lebi jauh, lebih baik kiranya kita teliti apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'belia'..


apa yang mieran faham tentang belia, ia merujuk kepada golongan khususnya golongan dewasa dan remaja..dan lebih tepat lagi, perkataan belia yang telah diwartakan oleh Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia menyatakan, belia ialah seseorang yang berumur yang tidak kurang daripada lima belas tahun dan tidak melebihi umur 40 tahun..


Hari Belia Negara pada tahun ini  bertemakan Belia Kreatif dan Inovatif  Pemacu Ekonomi Negara. Bertepatan dengan tema tersebut, mieran berpendapat bahawa blogger-blogger yang berdaftar di Malaysia ini ialah kumpulan sasaran yang paling tepat bagi kerajaan menumpukan dan meletakkan  sandaran kepada kami golongan blogger sebagai pemangkin kepada pembangunan negara.




Hari Belia Negara tahun ini akan dilangsungkan di Putrajaya iaitu bertempat di Putrajaya International Conventional Center (PICC) pada 14-16 Mei 2010. Kemuncak kepada Hari Belia Negara ialah pada 15 Mei iaitu perhimpunan Hari Belia Negara bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Harapan mieran untuk kerajaan kepada golongan Blogger Belia

Pertama sekali mieran berharap golongan blogger seperti kami diberi ruang dan peluang dalam apa jua yang berkaitan dengan pembangunan negara. Di samping itu, perhatian daripada pihak kerajaan kepada kami para blogger amatlah diperlukan supaya golongan blogger ini dapat membentuk satu kumpulan yang mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan Malaysia..Selain itu, penubuhan satu badan mungkin seperti Rakan Muda, akan boleh membangkitkan rasa keyakinan para blogger untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan dalam membangunkan negara dengan lebih efektif

Akhir sekali, apa yang mieran harapkan agar golongan belia perlu menjadi sebahagian daripada blogger seperti kami, kerana dengan aktiviti ini sedikit sebanyak akan dapat mengurangkan dan membendung gejala yang kurang sihat daripada berlaku.


Projek ini sebenarnya diusulkan last minit..orang atau kumpulan yang bertangungjawab mengusulkan projek ini adalah pertubuhan belia yang berdaftar yang dikenali sebagai Information Technology Youth Movement (ITYM)



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus