Push it!!

Monday, March 15, 2010

Wira negara

Share
Salam..mesti semua tertanya-tanya kenapa mieran letak title 'wira negara' dalam entry kali ni..cuba kawan-kawan teka siapakah yang mieran maksudkan sebagai wira negara??hu3..fikir cepat..

Teet...masa da tamat..ha3..wira negara yang mieran maksudkan ialah x lain dan x bukan lagi, Datuk Lee Chong Wei..jaguh badminton no1 dunia dan jaguh kebanggaan negara kita..semalam Datuk Lee Chong Wei sekali lagi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa apabila muncul juara dalam kejohanan ALL ENGLAND..


 wira kebanggaan negara




Kenapa mieran besarkan nama kejohanan tersebut??..ni adalah kerana kejohanan tersebut adalah kejohanan yang paling berprestij dalam sukan badminton..Kejohanan yang memasuki tahun ke- 100 penganjurannya kali ini menjadi milik jaguh negara..Setelah kecewa pada tahun lepas di tangan Lin Dan, kali ini Datuk Lee Chong Wei tidak menoleh kebelakang lagi untuk menebus semula kekecewaan beliau..



  gaya sang juara




 bersama coach, Datuk Misbun Sidek

Dalam perlawanan akhir semalam, Datuk berjaya menjinakkan pemain muda yang meningkat naik dari Jepun, Konichi Tago..Datuk memenangi perlawanan tersebut dengan straight set 21-19 dan 21-19..jutaan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei..Diharapkan selepas ini banyk lagi kejayaan yang dilakar oleh Datuk..


p/s : jom kawan-kawan dedikasikan penghargaan tahniah kepada wira negara kita di ruangan komen :)
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus