Push it!!

Thursday, March 18, 2010

Adverlets Vs Innity

Share
Salam sayang kepada semua blogger di luar sana..Hari ni mieran nak share la sikit pasal ketiga-tiga ads iklan yang mieran tulis kat tajuk 2..Mieran sebenarnya masih baru dengan semua ni..baru-baru nak belajar..kawan-kawan semua mesti dah sangat tahu tentang ketiga-tiga ads tersbut..kan..kan..kan..

Dalam entry kali ni mieran nak buat perbandingan antara ketiga-tiga ads ni..bukan nak cakap yang mana tak elok dan yang mana yang lebih baik..just nak share dengan kawan-kawan semua..setiap ads tersebut ada advantages masing-masing..

Mieran akan ceritakan serba sedikit perihal setiap syrikat iklan tersebut satu persatu ek..Saat mula mieran blogging, mieran just daftarkan blog mieran dengan Adverlets. Sampai sekarang mieran bersama mereka.. :)



Adverlet sebenarnya pesaing utama kepada syarikat Nuffnang..ramai blogger2 yang bagitau kat mieran, adverlets ni sebenarnya dulu lebih berkuasa dan lebih diminati berbanding nuffnang..lain orang lain  pendapatnya..mieran still setia dengan adverlets. Tak ramai juga yang berpendapat bahawa adverlets ni bermasalah..ramai yang cakap adverlet ni tak bayar income blogger la, bayar lambat la..macam-macam mieran dengar..erm kadang-kadang mieran setuju gak dengan pandangan blogger2 yang berpendapat sebegitu.

Mieran dah cashout income mieran, tapi sampai sekarang still tak dapat lagi duitnya..setiap kali buka kat akaun adverlet mieran, status pembayaran still 'unpaid'..Adakah adverlet ni benar-benar scam??..wait n see jelah..



Kawan-kawan dah tahu serba sikit pasal adverlets kan..so pandai2 la kawan-kawan fikir sendiri tentang adverlet..Setelah lebih 6 bulan mieran berblogging mieran bertemu pula dengan Innity. Sebelum nak join innity, ada syarat-syarat yang diperlukan untuk membolehkan blog kawan-kawan daftar dengan innity..kawan-kawan boleh lihat syarat-syaratnya kat sini..

Sebenarnya innity ni dah lama wujud, sama-sama dengan adverlets dan juga nuffnang..tapi oleh kerana syarat-syarat yang ditetapkan oleh innity, tidak semua blog 'lulus' untuk menyertai innity..alhamdulillah blog mieran lulus..ini semua kerana bantuan kawan-kawan yang selalu melawat blog mieran..membuatkan blog mieran still alive..thanks a lot my friends..

Satu perkara yang sangat menarik tentang innity ini ialah, iklan innity ini boleh berada bersama-sama dengan iklan-iklan lain..Keistimewaan ini tidak terdapat pada adverlets dan innity yang tidak mengizinkan iklan mereka diletakkan bersama dengan iklan lain..Baru memasuki bulan pertama bersama innity, mieran menantikan icome pertama yang belum diterima. Mieran menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap innity agar income para blogger yang bersama innty dibayar mengikut waktu yang dijanjikan..i trust u..

Ok lah..setakat ini sahaja mieran tahu tentang kedua-dua syarikat iklan ini..diharapkan entry kali ni dapat membantu kawan-kawan untuk memilih syarikat mana yang terbaik bagi mereka..


p/s : berblogging bukan hanya untuk suka2, tapi bermacam boleh dibuat dengan blog..bisnes minded akan membuat untung melalui blog, individu boleh popular dengan blog dan 1001 macam ada pada blog.. :)








Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl
blog comments powered by Disqus